Ya Allah.... Kami selalu
berharap dan berdoa bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan yang
diredhai oleh Mu..Ya Allah
Kami bersyukur pada Mu Ya Allah di atas segala kebahagiaan dan rezeki
yang Kau berikan didalam perkahwinan kami ini. Namun sebagai manusia
biasa...masih ada yang ingin kami mohon dari Mu.
Sesungguhnya Ya Allah...jika ini ujian Mu bagi kami, kami redha dan
terima ujian Mu Ya Allah. Tetapi kami mohon supaya ringankan lah ujian
ini Ya Allah. Terasa berat rasanya untuk kami menanggung ujian ini.
Bukan kami tidak redha atau mengeluh dengan ujian ini Ya Allah, cuma
kami ini hamba Mu yang tidak terdaya dan lemah. Sesunnguhnya Ya Allah,
hanya Kau tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segalanya.
Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna walaupun seorang buat
saham kami di akhirat nanti...juga buat penyambung keturunan kami di
dunia ini.
Ya Allah...hati ini tidak tertahan berharap dan berharap untuk menanti
kehadiran zuriat ini. Hati ini terlalu sayu dan sedih menerima ujian
ini. Alangkah bahagianya hati ini melihat pasangan lain mempunyai zuriat
mereka dengan amat mudah tanpa melalui ujian ini Ya Allah. Semoga tidak
ramai yang menghadapi ujian seperti kami.
Hapuskan lah segala penghalang untuk kami menerima zuriat dari Mu Ya
Allah....segerakanlah kami mendapat zuriat Ya Allah...kerana kami tidak
tahu selama mana umur yang Kau pinjamkan kepada kami ini.
Keinginan ini terlalu mendesak diri ku Ya Allah....sehingga kurasakan
setiap minit jantungku berdebar kencang kerana tidak dapat melupakan
keinginan ini Ya Allah....berdosakah aku Ya Allah kerana seolah tidak
bersyukur di atas pemberian Mu yang lain?
Setiap masa aku memikirkan tentang ini..Semoga Kau memakbulkan doa kami ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Pages
Friday, October 12, 2012
Ya Allah...kurniakan daku zuriat yang sempurna
Posted by OMEI at 9:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment