BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, October 12, 2012

Ya Allah...kurniakan daku zuriat yang sempurna

Ya Allah.... Kami selalu berharap dan berdoa bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan yang diredhai oleh Mu..Ya Allah

Kami bersyukur pada Mu Ya Allah di atas segala kebahagiaan dan rezeki yang Kau berikan didalam perkahwinan kami ini. Namun sebagai manusia biasa...masih ada yang ingin kami mohon dari Mu.

Sesungguhnya Ya Allah...jika ini ujian Mu bagi kami, kami redha dan terima ujian Mu Ya Allah. Tetapi kami mohon supaya ringankan lah ujian ini Ya Allah. Terasa berat rasanya untuk kami menanggung ujian ini. Bukan kami tidak redha atau mengeluh dengan ujian ini Ya Allah, cuma kami ini hamba Mu yang tidak terdaya dan lemah. Sesunnguhnya Ya Allah, hanya Kau tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segalanya.

Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna walaupun seorang buat saham kami di akhirat nanti...juga buat penyambung keturunan kami di dunia ini.


Ya Allah...hati ini tidak tertahan berharap dan berharap untuk menanti kehadiran zuriat ini. Hati ini terlalu sayu dan sedih menerima ujian ini. Alangkah bahagianya hati ini melihat pasangan lain mempunyai zuriat mereka dengan amat mudah tanpa melalui ujian ini Ya Allah. Semoga tidak ramai yang menghadapi ujian seperti kami.

Hapuskan lah segala penghalang untuk kami menerima zuriat dari Mu Ya Allah....segerakanlah kami mendapat zuriat Ya Allah...kerana kami tidak tahu selama mana umur yang Kau pinjamkan kepada kami ini.

Keinginan ini terlalu mendesak diri ku Ya Allah....sehingga kurasakan setiap minit jantungku berdebar kencang kerana tidak dapat melupakan keinginan ini Ya Allah....berdosakah aku Ya Allah kerana seolah tidak bersyukur di atas pemberian Mu yang lain?

Setiap masa aku memikirkan tentang ini..Semoga Kau memakbulkan doa kami ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Thursday, August 16, 2012

Iklan Raya 2012 | kami nak tumpang balik kampung..


Iklan raya ni, mengisahkan perjalanan kehidupan dua anak yatim iaitu Fizi dan Ahmad pulang ke kampung halaman Ahmad di Segamat. Terdapat pelbagai rintangan yang mereka hadapi ketika pulang ke kampung. 
Tiket bas habis, pergi ke stesen keretapi, tiket tinggal satu, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tumpang lori dipandu seorang pakcik CINA yang kebetulan ke Segamat.
Saksikan sendiri iklan tersebut yang mampu memberi seribu satu rase kepada anda.
Tahniah diucapkan kepada BERNAS yang menghasilkan iklan yang bermutu !
 .
.
.
 .
.
.

  saksikan sendiri iklan tersebut..di utube
                               http://www.youtube.com/watch?v=seyrQaeckPY&feature=player_embedded


Iklan yang sangat menyentuh perasaan dan memberi ikhtibar agar kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita anda.  !
Berbuat baiklah kepada anak2 yatim kerana

Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari.
 
 

Thursday, August 2, 2012

Mirai E (kiroro)

Penah dengaq x lagu nie.bes sgt.Dulu masa kat U hari2 dok layan lagu ni time study.haha.
kalo nak tau lagu ni la en suami slalu nyanyi kat omei masa time dok bercinta dulu hehehe....sgt romantik tau.
siap main gitar lagi. (^_^) ..so jom layan dia punya meaning lagu nie.


Mirai E

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita

** sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

* repeat
** repeat
* repeat

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou

Maksudnya sangat menarik. Membangkitkan semangat. :)

Ke Masa Depan

Lihat! Lihat di bawah kaki 
Ini adalah jalan anda untuk berjalan
 Lihat! Lihat apa sebelum anda
 Bahawa di sana adalah masa depan anda

Ibuku memberiku banyak kebaikan 
Sementara merangkul cinta, aku kembali ke mimpiku 
Aku masih kanak-kanak, dan tidak mengerti apa-apa 
Lalu ibu memegang tanganku dan kami berjalan bersama

Mimpiku selalu langit yang tinggi 
Walaupun takut, aku berusaha untuk mendapatkannya 
Ini kisah aku maka aku tidak akan mengalah 
Walaupun aku merasa gelisah, aku dan ibu berjalan bersama

Kadang-kadang, aku membenci kebaikan 
tapi aku akan menjadi lemah ketika dipisahkan darinya

Lihat! Lihat di bawah kaki 
Ini adalah jalan anda untuk berjalan 
Lihat! Lihat apa sebelum anda
Bahawa di sana adalah masa depan anda

Kejar masa depan anda, 
dan perlahan-lahan mendekatinya...

Jadi:-

1- masa depan memang bukan kita yang tentukan. Tapi sekurang-kurangnya cubalah merancang dan berusaha mendapatkan masa depan yang kita angankan.
 
 
 
 
 
 
 

Friday, May 18, 2012

Mafa feat Ronnie - Buatku Di Sana ost Seindah Sakura





Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Wednesday, May 16, 2012

PiSaNg MoLeN @ BoLeN

(^_^) ''Pestime dengaq nama makanan ni dari opismate.Troih gelak.hahaha.pelik betoi nama makanan ni.
..Tapi depa ckp sedap.aku tak tau le rupa dia cmna.dok bayangkan mcm rupa ''cucoq'' pisang la.troih aku mintak khidmat uncle google.Nak tau x rupa dia cmna? haaaaa sila lihat bawah ni...

                                                                   
Haaa..ni la PiSaNg MoLeN @ BoLeN haha..rupadia mcm roti gulung sardin kan..
Tapi yg ni pisang di gulung dengan doh tepung pastu di goreng.herrmmm nampak mcm sodapp yoo.
 


Thursday, May 10, 2012

Nat Pokok Getah, Pauh Perlis

Saat paling bahagia adalah bila balik bercuti kat perlis.Indahnya rasa.Dan-dan rasa cam nak benti keja troih balik dok perlis hehe..
Boleh p meronda merata tempat ngn en.hubby & mama & mak mertua..P pasaq pagi, p pasaq malam, p market p Nat.
Haa sebut pasai Nat, ada satu tempat yg ''femes'' skali kat perlis.NAT POKOK GETAH. Nat ni loghat org utara.kalo bahasa bakunye pasar pagi.
Nat ni mmg bes sgt.terasa mcm berjalan2 di zaman purba kala lak sbb gerai2 jualan semuanya berada di celah2 pokok getah!!..YES..dicelah-celah pokok getah!!!..kalo x caya mai tgk sendiri.suasana yg redup di bawah rimbunan daun2 getah membuatkan kita x terasa penat berjalan walaupun hampir 2 jam berpusing2 mencari barang2.Mcm2 benda ada jual kat sini.dari A-Z.Dari benda yang penah kita lihat sampai la benda pelik2 yang tak penah kita  lihat.semuanya murah2.Tapi AWAS!!..setiap langkah korang harus berhati-hati sbb akar pokok getah yg berlingkar-lingkar mungkin akan membuatkan korang ;;mencium tanah'' tanpa dikehendaki.hahaha...so berhati-hati ye.


P/S: cerita kiah pekasam pon berlakon kat NAT POKOK GETAH.Bangga aku sebagai rakyat perlis (^_^)


SUASANA YANG SGT REDUP..









HAIWAN PELIHARAAN PON ADA JUAL KAT SINI
 

 


ULAM-ULAMAN TRADITIONAL ...
 

 


BUAH KELUBI PON ADA...
 

 


MACAM ZAMAN PURBA KALA KAN..HEHEHE...
 


IKAN-IKAN DAN DAGING
 


 TENGOK TU..JUAL LAUK DI CELAH BATANG-BATANG POKOK GETAH JE..SEMPOI HABAQ HIANGG...
 





Just waiting for your miracle Ya Allah


 


PENANTIAN SATU PENYIKSAAN..aku mula sedih,tensen..mungkin Allah ingin mengujiku..betapa pentingnya KESABARAN dlm khidupan..tdk semua yg kita mahu kita akan dapat.Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah pemilik segala rahsia takdir..dan sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang..semoga Engkau permudahkan dan makbulkan segala doaku...Amin.Kekuatan ku adalah Suamiku.Alhamdullilah atas anugerahNya.


Wednesday, April 4, 2012

7 Petala Kepincangan Dalam 7 Petala Cinta


Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta olehRusydee Artz ( Syabab Musafir Kasih )
——-

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: “Assalamualaikum, cinta.” Si heroin menjawab manja mata menggedik, “Waalaikumussalam, rindu.” Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8

2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene ‘tak halal’ ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
“Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.” Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah…..haram kan?

5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene – scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
“Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta.”

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.

—-
“Astaghfirullah”