BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, October 12, 2012

Ya Allah...kurniakan daku zuriat yang sempurna

Ya Allah.... Kami selalu berharap dan berdoa bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan yang diredhai oleh Mu..Ya Allah

Kami bersyukur pada Mu Ya Allah di atas segala kebahagiaan dan rezeki yang Kau berikan didalam perkahwinan kami ini. Namun sebagai manusia biasa...masih ada yang ingin kami mohon dari Mu.

Sesungguhnya Ya Allah...jika ini ujian Mu bagi kami, kami redha dan terima ujian Mu Ya Allah. Tetapi kami mohon supaya ringankan lah ujian ini Ya Allah. Terasa berat rasanya untuk kami menanggung ujian ini. Bukan kami tidak redha atau mengeluh dengan ujian ini Ya Allah, cuma kami ini hamba Mu yang tidak terdaya dan lemah. Sesunnguhnya Ya Allah, hanya Kau tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segalanya.

Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna walaupun seorang buat saham kami di akhirat nanti...juga buat penyambung keturunan kami di dunia ini.


Ya Allah...hati ini tidak tertahan berharap dan berharap untuk menanti kehadiran zuriat ini. Hati ini terlalu sayu dan sedih menerima ujian ini. Alangkah bahagianya hati ini melihat pasangan lain mempunyai zuriat mereka dengan amat mudah tanpa melalui ujian ini Ya Allah. Semoga tidak ramai yang menghadapi ujian seperti kami.

Hapuskan lah segala penghalang untuk kami menerima zuriat dari Mu Ya Allah....segerakanlah kami mendapat zuriat Ya Allah...kerana kami tidak tahu selama mana umur yang Kau pinjamkan kepada kami ini.

Keinginan ini terlalu mendesak diri ku Ya Allah....sehingga kurasakan setiap minit jantungku berdebar kencang kerana tidak dapat melupakan keinginan ini Ya Allah....berdosakah aku Ya Allah kerana seolah tidak bersyukur di atas pemberian Mu yang lain?

Setiap masa aku memikirkan tentang ini..Semoga Kau memakbulkan doa kami ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin...