BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, July 27, 2011

Serius WTF: LOVE HOTEL JAPAN just untuk nak ber''ehem2'' 18sx.














Only in Japan!

Di Jepun terdapat hotel yang dipanggil Love Hotel. As the name suggests, Love hotel ialah rumah tumpangan untuk bersenggama yang mengenakan bayaran bedasarkan jam bukan hari seperti hotel non love. LMAO! Persoalan yang mungkin ada dalam minda kamu ialah;

"Why do they need love hotels? Rumah ada pergi ajelah romen kat umah. Di Jepun bukan ada Majlis Agama Islam Jepun nak raid kamu tengah malam. Dumb shit!"

Sebenarnya Love Hotel sangat popular di Jepun kerana dua perkara. Perkara pertama ialah keluasan rumah dan bilik tidur seorang rakyat Jepun biasa adalah kecil. Nak have sex pun tak enjoice. Jadi menyewa sebuah bilik hotel adakah lebih selesa dan luas dari bersenggama di rumah. Keduanya ialah orang Jepun mempunyai fetish yang aneh. Bila rumah sendiri kecik camne nak ada personal room untuk dungeon atau bilik fetish Sailor Moon? Love Hotel memberikan ruang bagi kaki fetish aneh untuk enjoice. Ada festish have sex dalam keretapi, kelas, ofis, rumah Hello Kitty dan dalam bilik stor pejabat pun ada. Those crazy Japanese!

Thursday, July 21, 2011

Petaka Tali Beg T__T (SGT SEDIH)



A 3 year old boy was dragged on his left side face/head 100km when his bag strap was hooked to the school van door. His face/head is severely....i should say damaged until his skull! Parents/guardians please take extra care of your children...sgt kesian.mmg sgt2 sakit la...OMG OMG.Prayers for a full recovery for this child. Thank God coz saved this child from death

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Petua murah rezeki selepas berkahwin


Petua murah rezeki selepas berkahwin

Ingin dikongsikan bersama petua berguna iaitu supaya murah rezeki bagi yang bersuami. Aku mendapat nasihat dan ilmu berguna ini daripada salah seorang emak saudara (makcik). Soalan pertama yang makcik ajukan,

“Pernah cium tangan suami tak sebelum masuk tidur setiap malam?”

“Tak”, balasku.

“Cubalah... Malam ini, cium tangan suami dan minta maaf seikhlas hati. Selagi suami tidak berkata ‘ya’ atau beri isyarat mengiyakan, jangan masuk tidur dulu”, tegasnya.

“Keesokannya insya-Allah, berlipat ganda rezeki kamu. Cara suami melayan kamu juga akan jauh lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Praktikkan ini setiap hari”, sambungnya lagi.

“Ini nasihat yang baik untuk diikuti”, getirku.

Pada malam itu, buat pertama kali sepanjang berkahwin, aku mencium tangan suami sebelum beradu. Suami tercengang seperti tidak percaya. Agak lama dia terpaku. Riak wajahnya berubah menjadi lembut dan dia tersenyum lebar. Alhamdulillah, pada keesokan hari, rezeki datang tidak putus-putus.

Selepas saat itu, kehidupan kami lebih tenang dan saling meredhai antara satu sama lain. Nasihatku juga senang diterimanya, dia lebih banyak berkongsi dan lebih menghormatiku sebagai isterinya.

Subhanallah

P/s: Untuk amalan lebih baik, praktikkan 5S iaitu bersalam dan bermaaf-maafan sewaktu:

(1) Sebelum ke pejabat

(2) Sebaik pulang dari pejabat

(3) Selepas solat berjemaah bersama

(4) Setiap kali berbuat salah

(5) Sebelum masuk tidur

Insya-Allah

Nak Setori gak walaupon..nemo ngn si ketam dah arwah hehe



semalam sampai je kat umah tgk air dlm ''aquaria'' tgl separuh.tros panik.igtkan ''aquaria'' pecah.tapi rupa2nye moto oksigen rosak.habis air ditolak keluaq.huhhhh basah habis kapet.seb beb dua ekoq nemo ngn sekoaq si ketam batu x mati..tensen betoi.tetiba en hubby dok wat story dogeng lak.begini ceritanya '' ayg b..rasakan..dua ekoq nemo tue berpakat ngn si ketam tu nak rosak kan moto oksigen tue.sbb depa nak melarikan diri.so bila ayaq melimpah depa boleh keluaq la.tp depa x prasan aquaria telah ditutup oleh penutup kayu dekat atas.so mcm mana pon depa x ley keluaq gak..sbb tue masa kita balik tadi bg mkn depa xmau mkn.depa mogok'' hahaha begitu la story dogeng en hubby.

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Asam Pedas



Asam Pedas

Bahan-bahan ( 1 family... )

* 3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
* Bahan kisar:-
* 3 biji bawang merah
* 10biji cili kering
* 1/2 in halia
* 1 sudu teh jintan manis
* 1 sudu teh jintan putih
* 1/4 sudu teh lada hitam
* 1/2 in kunyit hidup
* 2 ulas bawang putih
* Bahan tumis:-
* @ 1/2 bawang besar-hiris
* @ 1/4 sudu teh biji sawi
* @ 1/4 sudu teh halba
* @ 2 tangkai daun kari
* air asam jawa secukupnya
* air secukupnya
* 1 biji tomato-potong2
* 5 biji kacang bendi
* 1 serai-diketuk
* 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
* minyak masak
* garam dan gula jika suka

Cara-cara

1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

Tuesday, July 19, 2011

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Pulut pisang



Pulut pisang

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

* 1/2 kilogram beras pulut
* 3 @ 4 biji pisang nangka
* 3 cawan kelapa parut
* gula
* secubit garam
* sehelai daun pandan
* pewarna (biasanya kuih ni warna hijau)
* plastik- buat lubang pada plastik tersebut.

Cara-cara

1. rendam pulut dgn pewarna semalaman
2. buang kulit pisang. masukkan pisang kedalam plastik.
3. kemudian, masukkan beras pulut kedalam plastik tadi... pastikan pisang duk ditengah2...letak beras hingga menutupi keseluruhan pisang td.
4. gulung lebihan plastik dan ikat elok2. pastikan plastik td di tebuk lubang di sekelilingnya. ( saya buat lubang dengan cucuk garfu di sekeliling plastik td.)
5. panaskan kukusan, kukus bila dah siap dibungkus semuanya. kukus hingga pulut masak.
6. sementara itu, masak gula bersama sedikit air. masukkan sekali daun pandan utk aroma. tambah sedikit garam...supaya lemak manis gitu. bila dah mendidih, tuangkan air gula ke atas kelapa parut. kacau sebati.
7. bila pulut dah masak, boleh la di keluarkan dan dipotong kecil2. kemudian pulut pisang tadi digaul bersama kelapa parut yg telah diletakkan air gula. boleh la dihidangkan.

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Simple Ice Cream



Simple Ice Cream

Bahan-bahan ( 1 tub sedang )

* 2 cawan susu berperisa (kalau nak guna yogurt drink pun boleh)
* 2 cawan coffee mate
* 1-2 sdb gula (optional)

Cara-cara

1. Blend semua bahan di atas sampai berbuih.
2. Sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam.
3. Blend sekali lagi dan sejukkan sampai beku. Sedia untuk di makan.

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut



Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 1 kilo siput sedut
* 10 batang cili padi
* 2 inci kunyit hidup
* 3 biji bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 mangkuk santan pekat(dari 1 biji kelapa)
* garam dan perasa
* 3 keping asam keping
* sedikit daun kencur(hiris halus-ni optional yer tak letak pun okay)

Cara-cara

1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan
7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kencur tadi.kacau sebentar.matikan api.siap untuk dihidang

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Gulai Tempoyak Ikan Keli


Gulai Tempoyak Ikan Keli

* Tempoyak (3 sudu)
* Ikan Keli (4 ekor)
* Cili Masak (ditumbuk)
* Bawang Merah (ditumbuk)
* Serai (dititik)
* Gula dan Garam
* Asam Keping (sekiranya tempoyak tidak cukup masam)
* Air

Cara-cara

1. Ikan keli dibersih dan diasingkan
2. Tempoyak dimasukkan kedalam periuk yang mengandungi air bersama bahan2 ditumbuk dan serai
3. Gaulkan tempoyak dan bahan2 tadi sehingga sebati dan masukkan ikan keli
4. Masak gulai dlm api yg sederhana dan masukkan gula dan garam(sekiranya gulai tempoyak kurang masam,boleh la ditambah dgn asam keping)

let's cooking wit chef nurul (^_^) : Banana Frozen


Banana Frozen

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 200g pisang yang telah dibekukan
* 100ml fresh cream
* 1 sudu besar gula

Cara-cara

1. Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
2. Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer.. jadikan aiskrem..