BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday, July 21, 2011

Petua murah rezeki selepas berkahwin


Petua murah rezeki selepas berkahwin

Ingin dikongsikan bersama petua berguna iaitu supaya murah rezeki bagi yang bersuami. Aku mendapat nasihat dan ilmu berguna ini daripada salah seorang emak saudara (makcik). Soalan pertama yang makcik ajukan,

“Pernah cium tangan suami tak sebelum masuk tidur setiap malam?”

“Tak”, balasku.

“Cubalah... Malam ini, cium tangan suami dan minta maaf seikhlas hati. Selagi suami tidak berkata ‘ya’ atau beri isyarat mengiyakan, jangan masuk tidur dulu”, tegasnya.

“Keesokannya insya-Allah, berlipat ganda rezeki kamu. Cara suami melayan kamu juga akan jauh lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Praktikkan ini setiap hari”, sambungnya lagi.

“Ini nasihat yang baik untuk diikuti”, getirku.

Pada malam itu, buat pertama kali sepanjang berkahwin, aku mencium tangan suami sebelum beradu. Suami tercengang seperti tidak percaya. Agak lama dia terpaku. Riak wajahnya berubah menjadi lembut dan dia tersenyum lebar. Alhamdulillah, pada keesokan hari, rezeki datang tidak putus-putus.

Selepas saat itu, kehidupan kami lebih tenang dan saling meredhai antara satu sama lain. Nasihatku juga senang diterimanya, dia lebih banyak berkongsi dan lebih menghormatiku sebagai isterinya.

Subhanallah

P/s: Untuk amalan lebih baik, praktikkan 5S iaitu bersalam dan bermaaf-maafan sewaktu:

(1) Sebelum ke pejabat

(2) Sebaik pulang dari pejabat

(3) Selepas solat berjemaah bersama

(4) Setiap kali berbuat salah

(5) Sebelum masuk tidur

Insya-Allah

0 comments: