Pages
Thursday, August 16, 2012
Iklan Raya 2012 | kami nak tumpang balik kampung..
Posted by OMEI at 12:03 PM 0 comments
Thursday, August 2, 2012
Mirai E (kiroro)
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita
Hanareta haha e sunao ni narezu
Kore ga anata no ayumu michi
Posted by OMEI at 9:58 AM 0 comments
Friday, May 18, 2012
Mafa feat Ronnie - Buatku Di Sana ost Seindah Sakura
Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana
[Ulang Chorus]
Ohhh
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Posted by OMEI at 5:03 PM 2 comments
Wednesday, May 16, 2012
PiSaNg MoLeN @ BoLeN
(^_^) ''Pestime dengaq nama makanan ni dari opismate.Troih gelak.hahaha.pelik betoi nama makanan ni.
..Tapi depa ckp sedap.aku tak tau le rupa dia cmna.dok bayangkan mcm rupa ''cucoq'' pisang la.troih aku mintak khidmat uncle google.Nak tau x rupa dia cmna? haaaaa sila lihat bawah ni...

Posted by OMEI at 2:56 PM 0 comments
Thursday, May 10, 2012
Nat Pokok Getah, Pauh Perlis
P/S: cerita kiah pekasam pon berlakon kat NAT POKOK GETAH.Bangga aku sebagai rakyat perlis (^_^)
SUASANA YANG SGT REDUP..
HAIWAN PELIHARAAN PON ADA JUAL KAT SINI
ULAM-ULAMAN TRADITIONAL ...
BUAH KELUBI PON ADA...
MACAM ZAMAN PURBA KALA KAN..HEHEHE...

IKAN-IKAN DAN DAGING

TENGOK TU..JUAL LAUK DI CELAH BATANG-BATANG POKOK GETAH JE..SEMPOI HABAQ HIANGG...

Posted by OMEI at 11:14 AM 0 comments
Just waiting for your miracle Ya Allah
Posted by OMEI at 10:01 AM 1 comments
Wednesday, April 4, 2012
7 Petala Kepincangan Dalam 7 Petala Cinta

Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta olehRusydee Artz ( Syabab Musafir Kasih )
——-
1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: “Assalamualaikum, cinta.” Si heroin menjawab manja mata menggedik, “Waalaikumussalam, rindu.” Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.
Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.
Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/
2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene ‘tak halal’ ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.
3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )
Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.
4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
“Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.” Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah…..haram kan?
5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?
Mulut tutup, aurat lengan buka.
6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.
7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.
Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?
Last sekali punya scene – scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.
Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
“Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta.”
7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.
Sebelum menonton, anda kena ingat:-
1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.
2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.
3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.
4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.
5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.
p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.
—-
“Astaghfirullah”
Posted by OMEI at 10:15 AM 0 comments
Tuesday, April 3, 2012
our 1st wedding anniversary ...Saya sayang kamu =)
Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu
Wahai bintang, bulan dan angin
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya
Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah
Tiada hadiah atau sambutan,
Sekadar ucapan tanda ingatan,
Buat suami insan kesayangan,Terima kasih atas indahnya kenangan
Terima kasih sebab kutip saya waktu saya rasa terbuang.
Terima kasih mahu jadi tongkat saya tika saya tiba-tiba tempang.
Terima kasih kerna lindungi saya di kala gelap mahupun terang.
Semoga bila nanti sampai saat kedut tumbuh melata di muka,
mata pun dah tak boleh nak beza huruf alif ba ta,
kamu masih lagi setia,
sudi temani saya,
hingga hujung nyawa.
i am very happy, humbled and blessed to have you as part of my journey
Posted by OMEI at 12:26 PM 0 comments
Friday, January 13, 2012
Friday, January 6, 2012
DOA KU SEORANG ISTERI
Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat.. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.. Kau berikanlah aku kekuatan mental.. Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan.. Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista.. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu..Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.. Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash.. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.. Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.. Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu.. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.. Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu.. Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya.. Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu.. Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.. Tetapi ya Allah… Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.. Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu.. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya.. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan.. Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.. Ya Allah… Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.. Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri.. Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu.. Sekiranya aku engkar dan derhaka.. Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu.. Ya Allah… Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu.. Aku buta tanpa bimbingan Mu.. Aku cacat tanpa hidayah Mu.. Aku hina tanpa Rahmat Mu.. Ya Allah… Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu.. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu.. Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu.., Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati… Isteri yang dikasihi… Isteri yang solehah.. Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Posted by OMEI at 12:08 PM 0 comments
Friday, October 28, 2011
KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...
Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adab
tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Posted by OMEI at 11:26 AM 0 comments
Thursday, September 29, 2011
Friday, August 19, 2011
Mandi Wajib atau Junub
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Posted by OMEI at 10:41 AM 2 comments
Wednesday, July 27, 2011
Serius WTF: LOVE HOTEL JAPAN just untuk nak ber''ehem2'' 18sx.












Only in Japan!
Di Jepun terdapat hotel yang dipanggil Love Hotel. As the name suggests, Love hotel ialah rumah tumpangan untuk bersenggama yang mengenakan bayaran bedasarkan jam bukan hari seperti hotel non love. LMAO! Persoalan yang mungkin ada dalam minda kamu ialah;
"Why do they need love hotels? Rumah ada pergi ajelah romen kat umah. Di Jepun bukan ada Majlis Agama Islam Jepun nak raid kamu tengah malam. Dumb shit!"
Sebenarnya Love Hotel sangat popular di Jepun kerana dua perkara. Perkara pertama ialah keluasan rumah dan bilik tidur seorang rakyat Jepun biasa adalah kecil. Nak have sex pun tak enjoice. Jadi menyewa sebuah bilik hotel adakah lebih selesa dan luas dari bersenggama di rumah. Keduanya ialah orang Jepun mempunyai fetish yang aneh. Bila rumah sendiri kecik camne nak ada personal room untuk dungeon atau bilik fetish Sailor Moon? Love Hotel memberikan ruang bagi kaki fetish aneh untuk enjoice. Ada festish have sex dalam keretapi, kelas, ofis, rumah Hello Kitty dan dalam bilik stor pejabat pun ada. Those crazy Japanese!
Posted by OMEI at 3:39 PM 0 comments
Thursday, July 21, 2011
Petaka Tali Beg T__T (SGT SEDIH)

A 3 year old boy was dragged on his left side face/head 100km when his bag strap was hooked to the school van door. His face/head is severely....i should say damaged until his skull! Parents/guardians please take extra care of your children...sgt kesian.mmg sgt2 sakit la...OMG OMG.Prayers for a full recovery for this child. Thank God coz saved this child from death
Posted by OMEI at 1:36 PM 0 comments
Cinta Muka Buku - Najwa Latif
Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Posted by OMEI at 11:54 AM 0 comments
Petua murah rezeki selepas berkahwin

Petua murah rezeki selepas berkahwin
Ingin dikongsikan bersama petua berguna iaitu supaya murah rezeki bagi yang bersuami. Aku mendapat nasihat dan ilmu berguna ini daripada salah seorang emak saudara (makcik). Soalan pertama yang makcik ajukan,
“Pernah cium tangan suami tak sebelum masuk tidur setiap malam?”
“Tak”, balasku.
“Cubalah... Malam ini, cium tangan suami dan minta maaf seikhlas hati. Selagi suami tidak berkata ‘ya’ atau beri isyarat mengiyakan, jangan masuk tidur dulu”, tegasnya.
“Keesokannya insya-Allah, berlipat ganda rezeki kamu. Cara suami melayan kamu juga akan jauh lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Praktikkan ini setiap hari”, sambungnya lagi.
“Ini nasihat yang baik untuk diikuti”, getirku.
Pada malam itu, buat pertama kali sepanjang berkahwin, aku mencium tangan suami sebelum beradu. Suami tercengang seperti tidak percaya. Agak lama dia terpaku. Riak wajahnya berubah menjadi lembut dan dia tersenyum lebar. Alhamdulillah, pada keesokan hari, rezeki datang tidak putus-putus.
Selepas saat itu, kehidupan kami lebih tenang dan saling meredhai antara satu sama lain. Nasihatku juga senang diterimanya, dia lebih banyak berkongsi dan lebih menghormatiku sebagai isterinya.
Subhanallah
P/s: Untuk amalan lebih baik, praktikkan 5S iaitu bersalam dan bermaaf-maafan sewaktu:
(1) Sebelum ke pejabat
(2) Sebaik pulang dari pejabat
(3) Selepas solat berjemaah bersama
(4) Setiap kali berbuat salah
(5) Sebelum masuk tidur
Insya-Allah
Posted by OMEI at 9:45 AM 0 comments
Nak Setori gak walaupon..nemo ngn si ketam dah arwah hehe

semalam sampai je kat umah tgk air dlm ''aquaria'' tgl separuh.tros panik.igtkan ''aquaria'' pecah.tapi rupa2nye moto oksigen rosak.habis air ditolak keluaq.huhhhh basah habis kapet.seb beb dua ekoq nemo ngn sekoaq si ketam batu x mati..tensen betoi.tetiba en hubby dok wat story dogeng lak.begini ceritanya '' ayg b..rasakan..dua ekoq nemo tue berpakat ngn si ketam tu nak rosak kan moto oksigen tue.sbb depa nak melarikan diri.so bila ayaq melimpah depa boleh keluaq la.tp depa x prasan aquaria telah ditutup oleh penutup kayu dekat atas.so mcm mana pon depa x ley keluaq gak..sbb tue masa kita balik tadi bg mkn depa xmau mkn.depa mogok'' hahaha begitu la story dogeng en hubby.
Posted by OMEI at 9:27 AM 0 comments











